Kamis, 19 April 2012

SUNGAI TERKOTOR DIDUNIA



Sungai paling tercemar di dunia bernama Citarum yang terletak di Indonesia.Di sini, manusia memancing sampah bukan ikan!Antara sampah yang selalu dipungut dan dijual semula ialah botol, sarung tangan getah dan kerusi yang rosak.


Nak Poligami Punya Pasal…Curi Cap Jari Isteri Yang Tengah Tidur!


BESUT – Seorang suami berusia 55 tahun sanggup mencuri cap ibu jari tangan isterinya yang sedang tidur dalam usahanya berkahwin dua.
Kejadian itu disedari isteri pertama lelaki itu pada malam Isnin lalu apabila rahsia suaminya berkahwin seorang lagi pecah.
‘Perang besar’ tercetus antara pasangan dari sebuah kampung dekat Kampung Tembila, kira-kira 11.59 malam Isnin lalu, apabila suaminya memberitahu telah berkahwin dengan seorang wanita di selatan Thailand, Februari lepas.
Difahamkan, selepas didesak isteri pertamanya, lelaki itu memberitahu, dia sudah mendapatkan persetujuan isterinya itu bagi pengesahan pernikahan apabila si isteri menurunkan cap ibu jarinya pada satu borang khas.
Isterinya berang kerana tidak pernah berbuat demikian lalu membuat laporan polis mendakwa suaminya mencuri cap jarinya ketika tidur tanpa kerelaannya, pada keesokan hari.
Dikatakan, tujuan suaminya mencuri cap jari itu adalah bagi pengesahan pernikahan dengan isteri keduanya yang dilakukan di negara jiran.
Wanita itu pula langsung tidak sedar kejadian tersebut, malah tidak perasan sama ada terdapat kesan pewarna hitam pada ibu jarinya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu Selasa lalu, yang dibuat di Balai Polis Jertih.
Kata beliau, tujuan wanita itu membuat laporan polis adalah bagi memanjangkan kes ini ke pejabat agama daerah atau mahkamah rendah syariah.
Dalam pada itu, Pegawai Agama Daerah Besut, Azmi Tengah memberitahu, dalam masa terdekat ini pihaknya belum lagi menerima aduan mengenai kes itu.
sumber: sinarharian.com.my

8 Manusia Yang Buat Kerja Tak Senonoh Di Tempat Awam


Salam sejahtera, saya percaya semua orang pernah mengalami saat-saat "emergency" seperti ini. Misalnya, jika anda hendak membuang air kecil tetapi tandas tak ada, dimana nak melepas? tak kan nak tahan sampai balik kat rumah sedangkan mungkin perjalanan masih berbatu nak sampai.

Tak salah nak melepas walau dimana pun, asalkan carilah tempat yang selesa atau tandas mana-mana restoran dan tempat perhentian. Ini adalah himpunan gambar dan video mereka yang tak tahan nak melepas. Sungguh tak senonoh!









Pasangan zina 5 tahun gemar rakam aksi seks!



Gambar menunjukkan wanita dan pasangannya sedang disiasat

Betul lah kata pepatah "bukan salah ibu mengandung"...tapi salah anak tak pandai berfikir yang mana baik dan  buruk..apabila hawa nafsu menguasai diri begini lah jadi...keseronokan diutamakan, agama dilupakan ! neraka sentiasa menunggu !...

Seorang wanita menangis sambil merayu supaya dibenarkan masuk semula ke dalam bilik tidur teman lelakinya bagi membolehkan dia memakai semula seluar dalam sejurus diberkas pegawai pencegah maksiat, pagi kelmarin.

Permintaan itu dipenuhi pegawai agama Islam daerah Grik, di sini, apabila mendapati wanita terbabit dalam keadaan ‘mengghairahkan’ kerana hanya memakai seluar ketat nipis. Wanita berusia 21 tahun dan kekasihnya 26 tahun sekali lagi mengejutkan pihak berkuasa apabila mengaku melakukan zina sejak lima tahun lalu selain gemar merakamkan aksi seks haram menggunakan telefon bimbit.


Mereka yang berasal dari kampung berlainan di pinggir pekan ini membuat pengakuan itu sejurus ditahan penguat kuasa pada jam 10 pagi kelmarin ketika memadu asmara dalam sebuah bilik di rumah kongsi di sini.


Penolong Penguat Kuasa Pejabat Agama Daerah Grik, Mohd Jonid Abdul Syukor berkata, enam pegawainya dibantu dua anggota Rela menyerbu rumah berkenaan selepas menerima maklumat orang awam mengenai perlakuan pasangan itu-Hmetro